follower

Saturday, October 15, 2011

~~ PeRjUaNG NeNEk~~

hebat kot perjuang nenek ni

Ayer Keroh, 15 Okt : Timbalan Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Melaka (UTeM) semalam diberitakan berjaya menggapai hasrat dan misi mereka.
Jamaluddin Jusoh yang juga anak jati Terengganu Darul Iman semalam telah menyerahkan satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Seri Negeri.
Isu yang telah lama diperjuangkan mahasiswa UTeM itu berjaya menarik perhatian TPM Malaysia untuk menerima memorandum berkenaan sebagai satu usaha untuk menjaga kebajikan mahasiswa.
UTeM masih belum ada asrama
Menurut maklumat yang diperoleh, universiti tersebut sehingga kini masih belum mempunyai sebarang asrama untuk kemudahan penuntutnya dan MPP UTeM merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menanganinya.
Berikut adalah sebahagian pertanyaan yang disoal ahli kabinet MPP berkenaan :
“YAB , Mahasiswa/i yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Menara Gading, sangat-sangat mengharapkan di tempat pengajian mereka mempunyai prasarana dan kemudahan asas yang lengkap dan mencukupi. Seperti ucapan dan harapan YAB sampaikan tadi, YAB ingin melihat lahirnya mahasiswa/I yang berkualiti.
Dalam hal ini, saya ingin ketengahkan berhubung pembinaan kolej kediaman dalam kampus. Ia adalah salah satu keperluan asas yang sangat mendesak .
YAB ,saya bawakan contoh Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM. Berdasarkan pemerhatian saya, sepanjang ketiadaan kolej kediaman di dalam kampus UTeM, fenomena ini telah memberi impak yang sangat besar kepada pelajar.
Selain kos sara hidup pelajar meningkat, kadar kemalangan jalan raya melibatkan pelajar UTeM juga turut meningkat. Program-program yang dianjurkan di Universiti kurang mendapat sambutan. Impak ketiadaan asrama di dalam kampus Induk UTeM juga saya yakin memberi kesan kepada pihak pengurusan universiti.
Pihak universiti terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dan kos sewaan bas yang tinggi untuk mengangkut pelajar dari kolej kediaman ke kuliah. Sudah 10 tahun mahasiswa/I menunggu, tapi masih tidak kelihatan walau satu pun kolej kediaman dalam kampus.
YAB, soalan saya adalah,saya ingin mohon penjelasan bagaimana saluran peruntukan untuk pembangunan infrasruktur seperti asrama kepada IPTA di seluruh Malaysia?
Saya tak takut terima hukuman
Jamaluddin Jusoh dalam kenyataannya seakan-akan bersedia menerima sebarang pertuduhan dan tindakan sekiranya dipanggil pihak pengurusan pentadbiran universiti.
“Terima kasih kepada semua student UTeM yang telah support bagi tanda tangan.. Aku tahu aku buat kesilapan dari sudut protokol, tapi aku redha apa yang aku tanggung lepas ni.. aku buat untuk korang.. baru tadi aku dapat tahu akan bakal dapat SURAT WARNING.
Sepanjang MPP ni surat warning yang kedua aku. Semua student, aku mohon sokongan korang untuk bantu pertahankan aku.
Aku sedia untuk disiasat polis dan aku sedia untuk dimaki pihak pengurusan.”, ujarnya dalam satu kenyataan.
Terima sokongan
Sementara itu, di UTeM, sebaik sahaja berita itu diterima masuk dan disebarkan di kalangan warga kampus, sokongan terhadap usaha MPP UTeM terus mendapat perhatian dan sokongan tinggi.
Rata-rata mahasiswa yang mengetahui isu terbabit memberi sokongan penuh kepada MPP UTeM atas usaha tersebut yang disimpulkan gagal direalisasikan bekas MPP sesi lalu. – GZDaily
Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment