follower

Thursday, June 16, 2011

~~ AnDAi ItU TakDIrNYA~~

"kring.. kring.." aku mendapat panggil telefon dari rumah.. "akak, ayah dan ejo excident teruk! doktor kata tenat mak tak boleh cakap panjang. mak nak gi hospital ni. akak tolong balik segera." tersentap hati aku. air mataku berguguran. apa aku perlu buat. mak suruh pulang, sedangkan aku ada presentation penting yang akan menentukkan masa depan hidupku ini. "YA ALLAH!! AKU BUNTU YA ALLAH!! " keluh hati ini. aku ini anak sulung dan di bawahku ada 7 orang lagi adik-adik aku. kalau aku tidak berjaya mendapat kerja yang baik, macam mana aku nak bantu adik-adik ku. "Ah! perjalanan untuk pulang ke kampung mengambil masa 8 jam pulak." "PUKKK!!" tepuk rakan sekumpulan aku. "wei ko berangan apa lagi.. jap lagi nak present... aku nak ko buat betul wei... ini kira macam nyawa kita ni... blabla..bla.blabla....." aku tidak dapat meneruskan pendengaran aku, air mata ini tidak dapatku tahan dari berguguran.. sedihnya hati, hibanya rasa pabila mengenangkan nasib diri ku dan ayah serta adik aku.... 

aku melihat jam.. "insyallah lima minit lagi dah nak sampai." bisik hatiku dalam hati. nasib baik lah presentation dibatalkan. kampus tiba-tiba black out. alhamdullilah.. ALLAH permudahkan urusan ku. hatiku bertambah gelisah pabila turun dari bus. kebiasaannya ayah akan menjemput aku di station bus maklumlah aku ini perempuan. bukan aku tidak mahu berdikari tapi risau seorang ayah kepada anak dengan keadaan bandar melaka yang penuh dengan segala jenis manusia. dan kali ini aku harus berdikari. "kring... kring.." tertulis di screen handphone 3310 aku " BONDA".. berdebar jantung ku mengangkatnya.
"kak, dah sampai mana?? mak gi hospital dulu. doktor cakap jantung ayah tak stabil, adik pulak, kaki dia tak boleh mengalir darah.. akak balik rumah, nanti jemput adik kat rumah mak senah. adik-adik belum makan lagi tu. bagi adik makan nasi dengan garam. kicap campur dengan air. biar lambat sikit habis." istifar aku dalam hati sambil menahan sebak dan pilu mengenangkan adik-adik yang belum makan lagi. "ALLAHUAKBAR! TABAHKANLAH HATI HAMBA MU ITU." 
sudah seminggu aku di kampung. keadaan ayah dan ejo semakin baik walaupun doktor terpaksa memotong kaki ejo untuk mengelakkan bakteria daripada merebak. sudah tiga kali pensyarah aku menelefon dalam minggu ini, meminta aku menyegerakan presentation. bukannya aku mahu melengah-lengahkan tapi kenapa sukar untuk orang berpelajaran tinggi seperti dia untuk faham situasi aku? kalau aku tidak memikul tanggungjawab ini, siapa lagi?? tidak tergamak aku untuk menyuruh adikku dikala dia sedang menghadapi peperiksaan penting. "kalau awak tak balik lusa, dan present saya akan failkan awak. masa tu jangan nak merayu-rayu mintak saya luluskan. awak ulang lah balik lagi satu sem." tergiang-giang percakapan pensyarah itu di telingaku. "mak, ain mintak maaf. ain kena balik kampus. pensyarah ain suruh present jugak. dia tak bagi tangguh" ngadu aku kepada mak. "xpe lah ain. ain balik lah.. ayah dengan ejo ko pun dah semakin stabil. mak rasa mak boleh jaga mereka. presentation itu tanggungjawab ko juga. penting juga. masa depan ko tu. ko balik la. jangan risau." jawap mak. seminggu aku berada di kampung. mak lain sangat. mak selalu batuk-batuk. kalau batuk dia tu, mesti lama. muka pucat dan mak pun semakin kurus. mungkin ni kesan dari ulang alik ke hospital agaknya. 

"ain, jaga diri elok-elok. buat presentation yang terbaik. boleh bantu adik beradik. senang nanti bila mak dah tiada. bila mak dah tak da, ko jaga adik elok-elok.."   pesan mak sebelum aku berangkat ke station bus. "mak jangan cakap macam tu. i'allah ain akan sarungkan mak dengan jubah graduasi. sayangggggggg mak. mak jaga diri."

sepuluh minit aku dalam bus... "kring.. kring..." tertera "bonda." eh biar betul mak ni, tak kan baru berpisah dah rindu. tak pernah-pernah macam ni. "hello! ini ain ke?? saya ahmad." pelik aku. kenapa pulak mak aku bagi orang lain telepon aku. "saya nak bagi tahu yang mak awak dah meninggal. mak awak sesak nafas dan dia jatuh kat atas jalan raya simpang nak ke hospital." 

selesai mandi jenazah, aku mendukung adik aku yang kecil dan empat beradikku yang lain berpimpinan tangan. kami berarak ke tanah perkuburan. "mak bagaimana ain ingin tunaikan janji ain. adik su masih menyusu lagi. ayah dan ejo masih koma mak. bagaimana ain nak menghadapi ini semua. terlalu berat rasanya tanggungjawab ini. berat tanggungan ini. ain tak yakin mak.." kami menangis dan masih tidak percaya yang mak sudah tiada.. esakkan bertambah kuat pabila melihat mak dimasukkan ke liang lahad. adik su menangis teresak seakan mengerti maknya telah pergi selamanya dan ada  adikku yang meronta-ronta di atas kubur ..menjerit-jerit tidak mahu melepaskan mak pergi... "MAK!!! jangan tanam mak saya. nanti mak saya tak boleh nafas!!!" "kenapa pak cik jahat!! buang kain putih tu!!.. mak  saya tak pernah pakai baju itu!!!" aku hanya mampu menangis.. semua yang ada di situ turut menangis.. ""NANTI!!!! NANTI!! jangan tanam lagi!!! ejo nak tengok mak.. ejo nak cium mak... MAKKKK!!!" berpaling aku mencari punca suara itu... "EJO?? AYAH???" ejo datang dengan kerusi roda manakala ayah datang dengan tongkat. ambulans yang membawa mereka ke situ. "MAKKK... EJO BANYAK BUAT SALAH....!! KUARKAN MAK PAK CIK DARI SITU.. KASI EJO PELUANG UNTUK CIUM MAK BUAT KALI TERAKHIR...." ayah hanya terdiam... menangis memelukku dan adik-adik.. "PAK CIK EJO MERAYU PAK CIK.. KELUARKAN MAK,.. EJO NAK CIUM MAK BUAT KALI TERAKHIR!!" meraung kuat semua orang yang berada disitu. diangkatnya jenazah dari liang lahat dan dibawanya kepada ejo untuk dicuim akhir kalinya.. dituruti oleh ayah.. semua tidak dapat menahan sebak... kami beradik berlari ke arah ejo dan ayah memeluk erat antara satu sama lain.. meredhai pemergian mak.. kini semua tanggungjawab itu telah menjadi milikku dan aku perlu menunaikan janji-janjiku kepada mak. dan aku percaya "andai itu takdirNYA, aku redha..!!"

sobsobsob... sedihkan citer ni.. true strory nenek bagi...
>>ni citer daripada kawan nenek. dia citer kt nenek masa matx<<
>>kesudahan citer ini xdapat dikenal pasti lagi<<
>>kena tanya kawan yang kat matx tu apa jadi dekat ain<<

p/s=nama-nama dalam ini adalah palsu. identiti sebenar dirahsiakan

4 comments: