follower

Saturday, April 9, 2011

~ MEnCArI PUcUK PaKU~

"umi, nenek teringin nak makan kerabu pucuk paku yang umi masak" desak seorang 'nenek' kepada ibunya umi dengan mengharap umi akan masak.
"esok gi pasar gi beli ikan." jawap umi.

keesokkan harinya..

"afrina jom ikut cik nek gi pasar, kita beli lauk, masak sedap-sedap hari ni.. jom!!" 
"ok cik nek." jawab afrina (anak buah yang berusia 8 tahun) yang terpaksa kerana tak berani nak membantah.
"jap, tak jadi lah nak bawak afrina, malu!" tersentak afrina mendengar cik nek berkata bergitu.
"kenapa cik nek nak malu dengan afrina? afrina pakai baju" tanya afrina yang tadi ada sedikit excited berubah menjadi sedikit suriram.. >>hehe<<
"malu lah nak bawak afrina, afrina dah la pakai seluar pendek. dosa tahu x? nanti kalau masuk neraka, kaki afrina mesti terbakar, rentung.. nak macam tu? " jawab cik nek dengan mulut yang memang insuran tak berbayar ni.
afrina pun akur tak dapat ikut..

lima minit kemudian

afrina berada di pintu bilik cik nek
"cik nek, afrina nak ikut. boleh la cik nek" pinta afrina yang sudah berseluar panjang..
"oh dah tukar seluar yeh? hmm... ok.. jom"

maka cik nek pun beriang ria dengan afrina pergi ke pasar membeli pucuk paku..


p:s= kalau kita nak berdakwah dengan budak kecik, jangan lah guna falsafah tinggi-tinggi, bukannya diorang faham pun. banyakkan bercerita dengan diorang tentang sirah-sirah nabi ke, isi-isi neraka ke, al maklum lah, budak-budak ni suka dengar cerita.. >>kalau diorang tak nak dengar buat macam cik nek, tarik telinga diorang.. hehe pendekatan paksa rela..<<


Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Post a Comment