follower

Friday, February 4, 2011

kaTa- kAta maDah daRipAda sEorAng sAhAbat..

sahabatku
di jalan dakwah ini kita bertemu
memikul taklifan yang diberikan
biarpun pada awalnya
hati ini terasa berat
dada ini terasa sempit
namun aku redha
kerana yakin itulah ketentuan-Nya

sahabatku
diriku bukanlah insan kamil
serba kekurangan…serba lemah
ketahuilah sahabatku…bahawa sesungguhnya
aku telah memaafkan kesilapanmu
biarlah kita berpisah
dengan hati yang lapang
dan jiwa yang tenang

sahabatku
mengenangkan tempoh pengajianku
yang kian tiba ke penghujungya
aku jadi sebak
kerana aku tidak tahu
adakah kita bisa bertemu lagi
mengharungi suka & duka
menempuh liku di jalan dakwah
mengajak manusia kembali
kepada Allah & Rasulullah
biarlah yang manis itu
terpahat indah di ingatan kita
dan yang pahit itu
menjadi pengajaran yang bermakna

sahabatku
aku tidak pasti
adakah kita bisa bertemu lagi selepas ini
andai tiada rezeki
untuk menatap wajahmu lagi
moga Dia menyatukan kita semula
di taman-taman Firdausi
dengan berkat kecintaan kepada
sunnah terbesar al-Musthofa S.A.W
iaitu menegakkan agama-Nya
di muka bumi
p/s: saya memang fail kalau bab-bab bermadah ni, jadi saya ambik kawan saya punya... hehe mitok maaf la kalo napok madah dio ado dale blog ni... heheh.. tp dia mmg berbakatkn??

6 comments:

  1. ngeng..pakai idea sendri la..cilok madah org len wat pe haha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. haha.. biar la... ak xreti nk bermadah, ak ambik la org punya... kang ak bt sendiri kang bukn madah kang jadi payah... hehe

    ReplyDelete
  4. cik iszmaskeret, jgn la kondem org nk wat bnde baek. biala dia nk kopi pn,mtlmt ylbih utme ad usaha utk smpikn.besar nilainya smgt tu.gpon bkkny dy amek idea kmu.mmule biala dy kopi, t dy da fhm dy x kopi2 lg. jgn mrh ye cik :B

    ReplyDelete
  5. saba2 yeh.. admin, jgn ambik serius, miz ni mmg cm ni.. sy dh biasa...

    ReplyDelete
  6. wah2..ade org trase aku kondem ko ke aween??

    ReplyDelete