follower

Thursday, June 16, 2011

~~ AnDAi ItU TakDIrNYA~~

"kring.. kring.." aku mendapat panggil telefon dari rumah.. "akak, ayah dan ejo excident teruk! doktor kata tenat mak tak boleh cakap panjang. mak nak gi hospital ni. akak tolong balik segera." tersentap hati aku. air mataku berguguran. apa aku perlu buat. mak suruh pulang, sedangkan aku ada presentation penting yang akan menentukkan masa depan hidupku ini. "YA ALLAH!! AKU BUNTU YA ALLAH!! " keluh hati ini. aku ini anak sulung dan di bawahku ada 7 orang lagi adik-adik aku. kalau aku tidak berjaya mendapat kerja yang baik, macam mana aku nak bantu adik-adik ku. "Ah! perjalanan untuk pulang ke kampung mengambil masa 8 jam pulak." "PUKKK!!" tepuk rakan sekumpulan aku. "wei ko berangan apa lagi.. jap lagi nak present... aku nak ko buat betul wei... ini kira macam nyawa kita ni... blabla..bla.blabla....." aku tidak dapat meneruskan pendengaran aku, air mata ini tidak dapatku tahan dari berguguran.. sedihnya hati, hibanya rasa pabila mengenangkan nasib diri ku dan ayah serta adik aku.... 

aku melihat jam.. "insyallah lima minit lagi dah nak sampai." bisik hatiku dalam hati. nasib baik lah presentation dibatalkan. kampus tiba-tiba black out. alhamdullilah.. ALLAH permudahkan urusan ku. hatiku bertambah gelisah pabila turun dari bus. kebiasaannya ayah akan menjemput aku di station bus maklumlah aku ini perempuan. bukan aku tidak mahu berdikari tapi risau seorang ayah kepada anak dengan keadaan bandar melaka yang penuh dengan segala jenis manusia. dan kali ini aku harus berdikari. "kring... kring.." tertulis di screen handphone 3310 aku " BONDA".. berdebar jantung ku mengangkatnya.
"kak, dah sampai mana?? mak gi hospital dulu. doktor cakap jantung ayah tak stabil, adik pulak, kaki dia tak boleh mengalir darah.. akak balik rumah, nanti jemput adik kat rumah mak senah. adik-adik belum makan lagi tu. bagi adik makan nasi dengan garam. kicap campur dengan air. biar lambat sikit habis." istifar aku dalam hati sambil menahan sebak dan pilu mengenangkan adik-adik yang belum makan lagi. "ALLAHUAKBAR! TABAHKANLAH HATI HAMBA MU ITU." 
sudah seminggu aku di kampung. keadaan ayah dan ejo semakin baik walaupun doktor terpaksa memotong kaki ejo untuk mengelakkan bakteria daripada merebak. sudah tiga kali pensyarah aku menelefon dalam minggu ini, meminta aku menyegerakan presentation. bukannya aku mahu melengah-lengahkan tapi kenapa sukar untuk orang berpelajaran tinggi seperti dia untuk faham situasi aku? kalau aku tidak memikul tanggungjawab ini, siapa lagi?? tidak tergamak aku untuk menyuruh adikku dikala dia sedang menghadapi peperiksaan penting. "kalau awak tak balik lusa, dan present saya akan failkan awak. masa tu jangan nak merayu-rayu mintak saya luluskan. awak ulang lah balik lagi satu sem." tergiang-giang percakapan pensyarah itu di telingaku. "mak, ain mintak maaf. ain kena balik kampus. pensyarah ain suruh present jugak. dia tak bagi tangguh" ngadu aku kepada mak. "xpe lah ain. ain balik lah.. ayah dengan ejo ko pun dah semakin stabil. mak rasa mak boleh jaga mereka. presentation itu tanggungjawab ko juga. penting juga. masa depan ko tu. ko balik la. jangan risau." jawap mak. seminggu aku berada di kampung. mak lain sangat. mak selalu batuk-batuk. kalau batuk dia tu, mesti lama. muka pucat dan mak pun semakin kurus. mungkin ni kesan dari ulang alik ke hospital agaknya. 

"ain, jaga diri elok-elok. buat presentation yang terbaik. boleh bantu adik beradik. senang nanti bila mak dah tiada. bila mak dah tak da, ko jaga adik elok-elok.."   pesan mak sebelum aku berangkat ke station bus. "mak jangan cakap macam tu. i'allah ain akan sarungkan mak dengan jubah graduasi. sayangggggggg mak. mak jaga diri."

sepuluh minit aku dalam bus... "kring.. kring..." tertera "bonda." eh biar betul mak ni, tak kan baru berpisah dah rindu. tak pernah-pernah macam ni. "hello! ini ain ke?? saya ahmad." pelik aku. kenapa pulak mak aku bagi orang lain telepon aku. "saya nak bagi tahu yang mak awak dah meninggal. mak awak sesak nafas dan dia jatuh kat atas jalan raya simpang nak ke hospital." 

selesai mandi jenazah, aku mendukung adik aku yang kecil dan empat beradikku yang lain berpimpinan tangan. kami berarak ke tanah perkuburan. "mak bagaimana ain ingin tunaikan janji ain. adik su masih menyusu lagi. ayah dan ejo masih koma mak. bagaimana ain nak menghadapi ini semua. terlalu berat rasanya tanggungjawab ini. berat tanggungan ini. ain tak yakin mak.." kami menangis dan masih tidak percaya yang mak sudah tiada.. esakkan bertambah kuat pabila melihat mak dimasukkan ke liang lahad. adik su menangis teresak seakan mengerti maknya telah pergi selamanya dan ada  adikku yang meronta-ronta di atas kubur ..menjerit-jerit tidak mahu melepaskan mak pergi... "MAK!!! jangan tanam mak saya. nanti mak saya tak boleh nafas!!!" "kenapa pak cik jahat!! buang kain putih tu!!.. mak  saya tak pernah pakai baju itu!!!" aku hanya mampu menangis.. semua yang ada di situ turut menangis.. ""NANTI!!!! NANTI!! jangan tanam lagi!!! ejo nak tengok mak.. ejo nak cium mak... MAKKKK!!!" berpaling aku mencari punca suara itu... "EJO?? AYAH???" ejo datang dengan kerusi roda manakala ayah datang dengan tongkat. ambulans yang membawa mereka ke situ. "MAKKK... EJO BANYAK BUAT SALAH....!! KUARKAN MAK PAK CIK DARI SITU.. KASI EJO PELUANG UNTUK CIUM MAK BUAT KALI TERAKHIR...." ayah hanya terdiam... menangis memelukku dan adik-adik.. "PAK CIK EJO MERAYU PAK CIK.. KELUARKAN MAK,.. EJO NAK CIUM MAK BUAT KALI TERAKHIR!!" meraung kuat semua orang yang berada disitu. diangkatnya jenazah dari liang lahat dan dibawanya kepada ejo untuk dicuim akhir kalinya.. dituruti oleh ayah.. semua tidak dapat menahan sebak... kami beradik berlari ke arah ejo dan ayah memeluk erat antara satu sama lain.. meredhai pemergian mak.. kini semua tanggungjawab itu telah menjadi milikku dan aku perlu menunaikan janji-janjiku kepada mak. dan aku percaya "andai itu takdirNYA, aku redha..!!"

sobsobsob... sedihkan citer ni.. true strory nenek bagi...
>>ni citer daripada kawan nenek. dia citer kt nenek masa matx<<
>>kesudahan citer ini xdapat dikenal pasti lagi<<
>>kena tanya kawan yang kat matx tu apa jadi dekat ain<<

p/s=nama-nama dalam ini adalah palsu. identiti sebenar dirahsiakan

Tuesday, June 14, 2011

~ReHLah UkhWAh~ >>bEst GiLO!!

LOKASI: TAMAN BOTANIKAL
JAM: 8.00AM-5.00 PM
AKTIVITI: TELEPON BURUK, NEGARA IMPIAN N LAIN-LAIN
<< nenek dapat cucu baru >>
~ luar biasa la budak-budak ni..~


yeayyyyyy
gembiranya hati nenek mendapat cucu lg ramai dari sekarang.. 
sekarang boleh la nenek melupakan cucu-cucu lama tu
diorang pun nampaknya semakin lupa diri dikala cuti sem lah katakan...
jom layan gambar cucu-cucu baru nenek ni










sana sikit!!

macho kah kami??

kuku kaki kakakku putus....











smart la pulak kn.. haha










dah lama nk pose cm ni!!



MAKANAN: DISEDIAKAN 3 KALI.. COMPLETE...



SYOKKK YOKKKK!!!

Sunday, June 5, 2011

~kEnDAraT DAri mAAhAd UTeM~


alhamdullilah, lama dah nenek nak makan nasi minyakk
yeayyy akhirnya dapat juga merasa
disamping menjadi kenderat +dapat tudung+ makan banyak round
yeayyyy nenek suka...
heheh
barakallah untuk abg aidil dan k.wani
semoga berkekalan hingga ke anak cucu
~jangan tanya bila giliran nenek!!!~

 lagu kegemaran ramai...
lafaz sakinah


Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu





alolo2x... cuwit nyeee.. hehe
 orang-orang kuat ni!!

p.s: minggu depan ada lagi sekapal kawin.. yeayyy
 HIDUP HIJO... MUNTAH HIJO.. MAKAN HIJO..
TAK AKAN LARI DARI HIJO!!!


Friday, June 3, 2011

~Hoii BuDAk!! LeMPaNG kAnG!!~~

cucu semuaaaaaaaaaa!!!
lamo benau kita xjumpa.. 
>>poyo gila nenek ni, macam la selama ni pernah jumpa<<

almaklum la.. nenekkan engineer... oppss bakal2... haha insyallah.. bengkel la memanjang.. pape pun best jugakk
>>memang best bila kena marah dengan technicion, kena marah bersama cucu-cucu<<
>>hahaha, nenek borek, cucu dogel<<

"hari ni nenek nak berpuitis
baca sampai lebam mata cucu hehe"

hari ini, ketika nenek meneman salah seorang cucu membayar saman
>>gelojoh betul cucu nenek sorang ni, asyik kena saman je.. hish  saman sebab tercuri terompah nenek lain<<
nenek melepakkan diri di taman
melihat gelagat anak kecik bermain pancutan air yang kadang-kadang muncul, kadang- kadang menghilang
datang lagi seorang kanak-kanak
ditangan budak tu, penuh dengan makanan
dimakannya satu persatu
>>nenek rasa macam nak pau je makanan dia sebab nenek tengah lapo masa tu<<
akhirnya makanannya habis dimakan dan yang tinggal plastik-plastik untuk dibuang
>>cis, tak offer kat nenek pun<<
diberikannya plastik itu kepada ibunya
lalu nenek pun senyum tanda baguihnya budak ni.. tak buang sampah merata-rata
pandai mak bapak dia ajar
setelah habis adegen makan itu maka pulang la budak yang tak men'offer' makanan kat nenek..
telan liur je lor

5 minutes after that
datang budak lain yang umur lebih kurang macam budak yang tak offer makanan tadi
datang-datang, habis dia tolak semua budak lain yang tengah main kat taman tu
nangis budak-budak lain tu
nenek pandang panas dah kat budak tu
pandangan nenek dibalas dengan jeliran lidah
>>ewah2, sesuki betul budak ni<<
"b@Bi betul!!" jerit budak pembuli tu
wauuuuuu!!! budak umur lebih kurang 3 tahun, blh keluarkan perkataan tu
mendidih telinga nenek ni
"sial betul!!" jerit pembuli itu lagi
apakah punca dia menjerit??? 
oohhh, tak dapat main buaian..
si budak pembuli tu tolak budak main buaian tu dari buai
>>wah2 budak ni dah melampau ni<<
nangis budak tu..
lantas nenek pun bangun dengan niat untuk ke situ
tapi
ibu si pembuli lebih pantas
"panggggggggggg!!" satu lempangan hinggap kat muka budak pembuli tu
"bodoh betul!! asal la aku dapat anak macam ko ni!! sial betul!!" marah ibu si pembuli
terduduk nenek
terdetik di hati
"patut la budak tu, blh keluarkan perkataan macam itu, rupa-rupanya ibu dia menyumpah anaknya.. nauzubillah"

cuba cucu tengok, tak mananya tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” ( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)

apa yang penting, bukan kerjasama tapi mendidik anak itu mestilah mengikut apa yang nabi sarankan. jangan kita asyik berbangga memberi didikkan barat kepada anak kita walhal anak kita mengaji pun tak pandai,  cakap orang putih macam ayor.. pe ke halnya yop?? kalau nabi kata umur 7 tahun kena ajar sembayang, kita ajar la.. bila nabi kata kalau anak-anak dah masuk umur 10 tahun tak sembayang kena pukul, kita pukul la..
jangan la nak guna alasan kesian.. kalau kita betul-betul kesian, kita patut kesian kat dia masa dihisap kelak. masa tu ALLAH akan pukul berlipat kali ganda sebab tak sembayang. jadi jangan pandang rendah pada ajaran agama kita, dan jangan lah pulak berbangga dengan ajaran barat.. 

>kita yang membentuk mereka<

>kita yang bertanggungjawab atas mereka<
>kita juga yang akan dipersoalkan<
~abaikan tangan itu.. hehe~

p/s= menyampah betul tengok nama-nama budak sekarang yang pelik dan ala2 org putih konon.. pe benda ntah maksud dia..