follower

Sunday, April 24, 2011

~~MenCAri TEromPAh DI gAnu KitEee~~

terompah tu ibarat hadiah
kalau nenek jumpa, mesti lah ia mengembirakan hati nenek
nenek mencari ia di merata-rata
dan sudah pasti nenek tak akan jumpa terompah yang dicari melainkan terompah itu sudah dimiliki
tekun nenek mencari di serata daerah terengganu
yang nenek jumpa penyu yang tidak bernyawa
penyu pun penyu lah
comel jugak
bisik hati nenek
banyak aktiviti bersama cucu
cucu tiri cucu angkat atau cucu kutip
nenek tak kisah
nenek layan je kerenah cucu-cucu nenek ni
setelah letih melayan kerenah cucu-cucu
akhirnya  nenek jumpa terompah sakti
terompah emas, terompah perak
gembira benar hati nenek
tak terkata...
nenek panjatkan syukur kerana dapat juga nenek temui terompah di terengganu
alhamdullilah
terompah ini bukan sebarang terompah
terompah ini adalah ketenangan, ukhwah dan pengorbanan..
indahnya terompah ini..
lebih indah dari memakainya sambil mengejar cucu-cucu nenek

"(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya"
(Surah Al-A'raf: 51)

"..(Iaitu) orang - orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram. "
 ( Ar-Ra'ad : 28)


jom tengok gambar cucu-cucu nenek..



yang bertopi tu fazwin sebelah dia kushairi..

mereka lagi

gaya siapa kah?

beratur yeh


bau dia mencengkam jiwa asna



jebat @ its suppose to be... >>y bt peace tu<<
yang lain watak sampingan

jebat again


mace-mace la sek-sek ni... tapi ukhwah yang berlandaskan agama tak sama dengan ukhwah berlandaskan kebendaan
  
tak caya??? JOM CUBA!!

Friday, April 22, 2011

~tERomPAH TerTIngGAL Di DewAN EXam...~

wah-wah cucu nenek sekarang. semua muka nak berkerut, jalan tak tengok depan.. maklum lah nak kejor masa.. nak exam katanya...
yo lah... exam-exam juga... tangguh jawab kita sebagai islam jangan cu lupakan pula... sampai sembanyang pun macam patuk ular... nok kejar masa punya hal kan... JANGAN GITU YEH CU!!
walau macam mana pun kita kejor masa, pastikan masa kita dengan ALLAH tu ada.. cu belajo bertimbun-timbun gunung everest pun, kalau tanpa berkat, jadinya useless cu...
oleh itu, study smart dont study semak... :)
<< nenek pun nak ambik exam, berharap terompah tak ada lah yang curi..>>

nenek ada hint nak masuk exam... 
moh kita guna hint ni... ADA BERANI???



islam ada caranya nak ambik exam


cu jangan lari dan buat bising, habis idea2 nenek hilang nanti


macam ni pun boleh...


bagus!!


hint fullmark


ini lah matlmat kita... kita adanya allah... usaha tu penting tapi ALLAH lebih penting... kalau kita tidak mengabaikan ALLAH, maka ALLAH lebih2 lagi tidak mengabaikan kita...


<< semoga kita berjaya sama yeh cucu.. ada hint jangan nak sorok2.. nek lempang kang....>>
<< sek kito buleh!!! >>

Thursday, April 14, 2011

~~tudung ala-ala kelambu~~

"tudung kau macam kelambu la.. gila lah" sergah seorang kawan lama yang nenek terjumpa di Ampang Point.
"asal?? tudung aku ada kacau hidup kau ke??" jawab nenek yang zahirnya memang lazer.
"hehe... tak de lah.. terkejut aku jumpa kau. dulu tudung ko biasa-biasa je. sekarang ni... mak aiii..." jawab si polan ini..
"biasa lah... kalau kita nak diri lagi selamat.. kau bila nak bertudung?? rambut dah warna macam orang sakit.." tanya nenek..
"hehehe.... tak dapat hidayah lagi.." jawab si polan.
"itu je lah jawapan mu dari dulu kini dan selamanya. hidayah tu si polan, bukan mudah tahu tak ALLAH nak bagi. kita yang kena cari hidayah tu. hanya hamba yang terpilih je boleh mendapat hidayah." syarahan nenek kepada si polan.
"ye aku tahu. jap aku nak tanya kau. kenapa kau kata pakai tudung labuh ni selamat?? aku tengok biasa je" tanya si polan
"biasa la bagi kau sebab kau belum cuba. tapi keselamatan dan kesannya hanya ALLAH JE TAHU. memang nikmat." nenek menjawab dengan muka penuh excited.
"mesti kau ada cerita disebalik ni. ceciter ceciter" si polan dengan gaya usop willcharnya... "
"oh citer dia macam ni. hari tu masa aku pakai tudung pendek tu, aku gi la dengar ceramah. ustad tu cerita yang tudung ni ada 3 jenis. tudung yahudi, nasrani dan tudung islam. kau tahu tak??" pabila nenek semangat bercerita.
"oh ye ke? aku ingat orang islam je pakai tudung" respon si polan.
"first-first aku pun ingat cam tu.." jawap nenek
"macam mana tudung yahudi, nasrani daan islam?? eh kalau islam tu aku tahu la.. tapi yang lain tu macam mana???????" muntahan soalan dari si polan
"ko tengok tu.. tengok akak yang tengah beli aiskrim.. kau rasa dia pakai tudung apa??"
"tudung islam la.. dia kan orang islam.. apa da punya soalan kau ni"jawab si polan
"tak wei... tu bukan tudung islam... tu tudung yahudi" jawab si nenek
"HAH!!??? serius wei??? betul ke??" terkejut beruk si polan
"a'ah betul.. kau tengok lak adik tu..."tunjuk nenek pada seorang adik
"la tu tudung ikin.. fesyen sekarang beb" si polan dengan confidentnya
"haha... ikin lah sangat... itu tudung nasrani beb!! ambik kau.. ni lah natijah nya bila kita berfesyen tak merujuk kepada agama... sedar tak sedar yahudi dan nasrani telah berjaya meyarungkan pakaian diorang kat kita.. dioragn tak kisah kalau kita tak convert agama kita islam ke agama diorang.. bagi diorang, kalau kita dah pakai pakaian diorang tu pun dah cukup bagus" balas nenek
" ye ke??"tanya si polan lagi yang macam tak berapa yakin..
"hmmm... betul... bila aku dengar ceramah tu.. terus aku sentap beb.. dah lah aku seorang je yang pakai tudung macam tu.. malu... then aku terus berazam tak nak membenarkan tudung yahudi dan nasrani ni melekat kat tubuh aku..  tak benarkan pakaian mereka jadi pakaian aku buat sembayang.." 
"wei, kau doakan aku dapat pakai cam kau ni... aku pun nak berazam lah.." azam si polan
"kau tu jangan nak berazam kat mulut je, hati tak pun" panahan mulut nenek
"ye wei... aku betul-betul berazam ni".. semoga ALLAH memberikan kekuatan buat mu si polan. bisik hati nenek setelah mendengar azam si polan.


hah!! mesti cu tertanya-tanyakan macam mana tudung yahudi dan nasrani??? meh nenek tunjukkan gambar....


>> Wanita Yahudi memakai tudung juga, tetapi lebihan kain di depan semuanya dilempar ke belakang



>> Wanita Nasara pun lebih dahulu memakai tudung juga, tetapi tudungnya terlalu singkat, sehinggakan dadanya masih kelihata





>> tudung muslimat, wanita muslimat memakai tudung berpandukan firman Allah. Surah an-Nur ayat 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Tuesday, April 12, 2011

~~she my red warrior~~

>>pepagi sambil membuat report power system<<
>>terindu kat umi<<
>>nak buat guana, dah mak kita<<
>>takkan kita nak rindu mak orang lainkan<<
>>nenek tak kisah orang nak cakap nenek anak mak<<
>>sebab nenek memang anak emak<<
>>tak kan anak kucing kot<<
>>so tak salah lah kalau kita nak rindu mak kita<<
(sob.. sob... asal lagu kat radio ni memberi feeling rindu lebih ni!!)

>>umi<<
>>walaupun masa nenek kecik<<
>>umi suka bebenor buat tatu kat peha nenek ni<<
>>nenek tahu nenek ni paling "BAIK" dalam family<<
>>paling "DENGAR" cakap<<
>>habis patah hanger2x<<
>>demi mengukir tatu tu kan umi?<<
>>nenek tak lupa<<
>>umi suka jugak pakaikan lip stik cili kat bibir nenek ni<<
>>sebab sekarang nenek suka sangat bercakap<<
>>pok pek pok pek<<
>>nenek akan buat kat bakal anak nenek macam mana umi buat<<
>>siap korang!!<<

>>walaupun umi macam lion kadang-kadang<<
>>nenek tak da umi lain dah<<
>>umi seorang je nenek ada<<
>>jadi nenek rehdo je<<


>>bila nenek dah remaja<<
>>umi macam tak percaya yang anak umi dah besar<<
>>"cepatnya anok bongsu aku besar"<<
>>"sero baru semalam jah baru pukul"<<

>>ye nenek anak bongsu<<
>>semestinya di dengki oleh adik beradik yang lain<<
>>pabila alien (abang dan kakak) yang lain datang menyerang<<
>>umi @ red warrior akan datang menyelamatkan ku<<
>>hahahah.... bangga aku menjadi anak bongsu<<
>> ada berani??<<
>>red warrior beb!!<<

>>pape yang berlaku<<
>>untuk ukuiran tatu<<
>>nenek jadikan kenangan<<
>>dan juga taktik untuk di practisekan untuk anak2 nenek<<
>>hahah nenek nak beli hanger besi<<

"" I LOVE MY RED WARRIOR!!" MUAH2X....

P:S= umi ingat x masa kita gi kedai makan tu, waitress tu tanya nak air minum apa kak..
          umi cakap " ai love u ada??" hahaha.... lawak lah umi... terbaik!!!

Saturday, April 9, 2011

~ MEnCArI PUcUK PaKU~

"umi, nenek teringin nak makan kerabu pucuk paku yang umi masak" desak seorang 'nenek' kepada ibunya umi dengan mengharap umi akan masak.
"esok gi pasar gi beli ikan." jawap umi.

keesokkan harinya..

"afrina jom ikut cik nek gi pasar, kita beli lauk, masak sedap-sedap hari ni.. jom!!" 
"ok cik nek." jawab afrina (anak buah yang berusia 8 tahun) yang terpaksa kerana tak berani nak membantah.
"jap, tak jadi lah nak bawak afrina, malu!" tersentak afrina mendengar cik nek berkata bergitu.
"kenapa cik nek nak malu dengan afrina? afrina pakai baju" tanya afrina yang tadi ada sedikit excited berubah menjadi sedikit suriram.. >>hehe<<
"malu lah nak bawak afrina, afrina dah la pakai seluar pendek. dosa tahu x? nanti kalau masuk neraka, kaki afrina mesti terbakar, rentung.. nak macam tu? " jawab cik nek dengan mulut yang memang insuran tak berbayar ni.
afrina pun akur tak dapat ikut..

lima minit kemudian

afrina berada di pintu bilik cik nek
"cik nek, afrina nak ikut. boleh la cik nek" pinta afrina yang sudah berseluar panjang..
"oh dah tukar seluar yeh? hmm... ok.. jom"

maka cik nek pun beriang ria dengan afrina pergi ke pasar membeli pucuk paku..


p:s= kalau kita nak berdakwah dengan budak kecik, jangan lah guna falsafah tinggi-tinggi, bukannya diorang faham pun. banyakkan bercerita dengan diorang tentang sirah-sirah nabi ke, isi-isi neraka ke, al maklum lah, budak-budak ni suka dengar cerita.. >>kalau diorang tak nak dengar buat macam cik nek, tarik telinga diorang.. hehe pendekatan paksa rela..<<


Monday, April 4, 2011

~~jom nyanyi bersama nenek~~

lagu ni nenek nyanyi masa nenek muda-muda dulu... best tau... bukan macam cucu-cucu nenek ni, nyanyi london bright la, quik sara sara la... apo ko bondonyo hah??? jom balik kepada zaman dulu kala


bangau oh bangau 
kenapa engkau kurus?
macamana aku tak kurus 
ikan tak nak timbul 2x
ikan oh ikan 
kenapa tak nak timbul
macam mana aku nak timbul
rumput panjang sangat 2x
rumput oh rumput 
kenapa panjang sangat?
<>
lupa dah lirik dia...
-
-
-
-
-
-
ular oh ular
kenapa nak makan katak
macam mana aku tak makan,
 MEMANG MAKANAN AKU 2X..
HAHAAHA 
(ni ular yang gelak ke, nenek yang gelak???)


cuba cu tengok dari atas sampai bawah (abaikan yang kosong tu sebab memory nenek 2gb je), asyik salahkan binatang lain je... salah binatang tu sendiri memang tak nak tengok.. dah la salahkan orang lain, usaha pun kurang.. apo dah punya rumput.. berusaha la potong diri sendiri... >>nenek ni mereng ke apa?<<
              yang penting sudah pasti bukan kerjasama, yang penting kita usaha dulu, cuba lakukan yang terbaik dan jangan suka jadi "pak nyalahkan orang".. pantang betul nenek kalau dapat cucu macam ni... memang nenek baling dengan terompah ni...

"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal" ali imran- 190





p/s= orang suka yang suka salahkan orang lain ni jenis orang tak nak mengakui kesilapan tapi orang yang suka mengakui kesilapan sebenarnya orang yang hebat!!



Saturday, April 2, 2011

~~suka hati aku la kan??~~

time tu nenek tengah beratur nak ambik makanan, masa tu tengah dalam kebulur ya amat dong... so semestinya nasi+lau pauk di ambil dengan kuantiti yang banyak kan... PELAHAP waktu tu... "oi nenek, banyak betul ko ambik nasi, macamana la badan tu tak gemuk.."
nenek senyum hambar.. "persetankan ini orang yang penting perut ni.. LAPAR BANGGAT DONG!!" BISIK HATI NENEK.. so bila nenek dah bayar terus makan la kan... nak dijadikan story, keesokkan harinya di cafe nenek ambik makanan tap kali ni tahap boleh kawal la... datang lah "LALAT" semalam... "eh nenek, sikitnya makan, diet ke??" nenek dengan muka toyer pun mengabaikan lalat busuk tu.. "tak de guna aku layan lalat ni" ngomol aku dalam hati...

nak dijadikan cerita diceritakan untuk melihat perihal manusia ni, sahabat nabi lokman mengajak anaknya ke pasar bersama unta. pada mula unta itu ditunggang oleh ayahnya (lokman) dan anaknya menarik unta itu, maka orang berada di sekeliling pun berbisik-biski antara mereka "lihat ayahnya itu, sanggup melihat anaknya berjalan kaki, sedangkan dia bersenang lenang meneiki unta" mendengar kata-kata itu, maka lokman pun menukar posisi, anaknya menaiki unta, ayahnya menarik unta.. orang sekeliling pun berbisik lagi "tengok budak tu, sanggup dia biarkan ayahnya berjalan kaki.. apa la punya anak."
mendengar kata-kata tersebut, lalu lokman dan anaknya turun dan kedua-duanya menarik unta.. ingatkan tak xde orang nak cakap pape kan... hmm... jangan harap la.. orang kat pasar cakap apa "kesian unta tu, kalau tak nak naik tak payah la bawa unta tu, kesian je unta tu."


itu la kisah manusia, ada je yang tak kena dimata mereka...  tapi kita sebagai manusia ni memang memerlukan orang sekeliling untuk menjadikan kita prefect. memang betul pun ada orang kat sekeliling nenek cakap benda yang kadang-kadang tu fitnah. taqpi kita kena ambik yang positif. kalau benda yang kita buat tu tak melanggar hukum syarak dan kita dah merujuk perkara itu dengan ustad, maka teruskan lah..  erti kata lain la cu...


KALAU KITA NAK JADI BAIK, ORANG DOK MENGATA, BILA KITA JADI JAHAT ORANG ORANG MENGATA.. APA YANG PENTING, BUKAN KERJASAMA CU, YANG PENTING KEMBALI KEPADA AGAMA.. KEPADA ISLAM.. ITU PENYELESAIAN YANG DIRAHMATI.. TAK CAYA, JOM LA CUBA :)


p/s= keluarga nenek memang suka makan-makan. bertambah sedap kalau makan ada budu... yam-yam

Friday, April 1, 2011

~~menyampah betul tengok orang perempuan ni!!~~

"ko tengok badan budak tu, cantikkan?? pandai dia jaga badan.." tergamam nenek bila seorang brother ni cakap macam tu kat nenek.. "yang mana bang?" tanya nenek.. "tu yang pakai baju coklat tu." jawab brother tu lagi..
"oo.. hmmm" hanya itu yang mampu nenek katakan... bukan nenek setakat tak terdaya malah nenek malu bertambah malu dan sangat-sangat la malu.. "aduh, kenapa la budak perempuan ni pakai macam ni.. kesiannya." desus hati..
"tapi kalau couple dengan budak ni, bahaya la sikit, mana tak nya, barang baik, badan pun baik kan.. mesti laki-laki ramai nak.. paling-paling pun buat main-main." sambung brother tu lagi.. 
hampir tersedakla nenek  bila dengan brother tu cakap.. "hish dia ni, ak lepukkan dengan terompah baru tahu" gomel hati lagi...
"tapi kan abang cakap serius la, kalau abang buat perempuan tu untuk isi masa kosong je, tapi nak buat bini, tak de makna la.. buat punah rumah tangga adalah..." senyuman tawa mampuku lemparkn

"""""semasa umat muhammad melalui siratrulmutaha, ada umatnya yang berjalan laju, pelahan, merangkak-rangkak, mengesot-gesot dan ada yang tersangat lambat sehinggakan dia seakan-akan mahu jatuh ke syurga atau neraka. kelajuan perjalanan di atas sirtratulmutaha itu bergantung pada amalan seseorang semasa hidupnya. baik amalannya, laju lah jalannya, kurang amalannya, pelahan lah, jalannya dan sebaliknyalah mengikut amalan masing-masing""""""

apa yang nenek buat masa itu cumalah berdoa agar disampangkan semua cakap-cakap itu daripada diri, keluarga nenek dan cucu-cucu nenek.. apa yang nenek nak pesan, wahai wanita jangan lah engkau cuba untuk mempamerkan mahkota mu kepada kaum muslimin. simpan buat suami sudah la cucu oiii..... malu nenek ni hah!!!


kalau dah perempuan tu pakai macam ni, nenek nak cakap la, memang bukan salah laki tu...