follower

Sunday, March 27, 2011

~tahukah anda~

salam sayang cu.. nenek baru je lepas seaching kt internet... hehe... ni yang nenek jumpa jadi nenek nak kongsikan dengan cu supaya cu dapat menjadi insan yang celik dari pelbagai sudut.

"dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi, setelah keringnya, niscaya tidak akan habis-habisannya di tuliskan kalimah-kalimah ALLAh. sesungguhnya ALLAH mahaperkasa, mahabijaksana" - luqman:27


1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.
2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.
3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.
4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!
5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!
6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam sementara seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.
7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.
8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.
9) Tiram boleh bertukar jantina.
10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.
11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.
12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.
13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung. Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun dan belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!
14) Lembu adalah haiwan yang buta warna manakala rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.
15) Telur unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.
16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.
17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.
18) Rama-rama tidak mempunyai perut dan Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.
19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air manakala Buaya pula tidak boleh mengundur.
20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!
21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.
22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.
24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!
25) Walaupun manusia adalah makhluk terhebat di alam maya, Namun dalam beberapa aspek, kita tidak berupaya menandingi haiwan ini, misalnya……
~~ Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.
~~ Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam. Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.
~~ Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja…. Ambil kalkulator, kiralah sendiri…
p/s: baru nenek tahu yang semut tu tak tido.. cu pun mesti tak tahukan?? hehe
di copy dan di paste dari sharimi.wordpress.com

~~comic corner~~




Saturday, March 26, 2011

~~meMANg La KElaKAR, TaPI ......~~~




~~baCA kAlO cu SAyaNGkan ISLaM~~

assalamualaikum cucu semua. harap sihat walafiat.. hmm nenek macam biasa bersama terompah sihat walafiat walaupun terompah tu macam dah nak rapuh je badannya. cu semua sedar tak, tak lama lagi kita akan melalui tarikh yang agak famous. dan kerana tarikh itu juga ada bermacam-macam makna tersirat.. suka duka..  direct to the point je la cu.. ni hah tak lama lagi 1 april, macam biasa la, ada manusia yang jahil tu, dia dengan slumber je sambut april fool tanpa tahu apa makna tersirat di sebalik kejadian tu..
ok nenek tak nak tulis banyak-banyak sbb entry yang nenek copy ni  sangat panjang.. jadi "SELAMAT MEMBACA KALAU ANDA SAYANGKAN ISLAM"

Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain. Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?

Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.

Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool—yang hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita boleh sahaja menipu rakan, orang tua, saudara, atau orang lain, dan yang terkena tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.

Biasanya mangsa penipuan, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau membebel, dan tidak marah secara serius. Walaupun belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin menebal didalam masyarakat kita. Terutama di kalangan anak muda.

Bukan mustahil pula, suatu masa nanti akan meluas ke masyarakat yang tinggal di kampung – kampung dan pedalaman. Ironiknya, masyarakat dengan mudah meniru kebudayaan Barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.

Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa kawasan pegunungan. Islam telah berjaya menerangi Sepanyol.

Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.

Bukan sahaja membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka telah meninggalkan muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus menerus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu gagal. Maka dihantar sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, yakni dengan pertamanya melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara haram ke dalam wilayah Sepanyol.

Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai pasukan salib. Serangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus mengejar mereka. Ketika jalan jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera salib mengetahui bahawa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.

Dengan lantang tentera salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api kelihatan menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakanya terdiri dari para perempuan dan kanak-kanak yang masih kecil. Tentera salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diingati oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.

Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan semata.

Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut juga ada orang Islam yang terikut merayakan tradisi ini.

Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka dia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad yang lalu. Jadi, perhatikan sekeliling anda, anak anda, atau anda sendiri, mungkin terkena bungkusan jahiliah April Fool tanpa kita sedari.

p:s= copy dari fb kawan

Friday, March 25, 2011

~~~JuAL-juAL BeLi- Beli~~~~

salam alaik semua. lama sudah nenek menghilangkan diri, bukan sebab terompah nenek hilang tapi terompah nenek ada orang yang meminjam.. bunyi terompah nenek tu kan  menarik... >>ketung ketang ketung ketang<< haha.. bigit je telinga bila nenek lari kejor cucu.. >> larat ke nenek nak lari nak oii?? jawap dalam hati je la...<<
apa nenek nak bebel hari ni yeh??
thingking.. hmmm
hmmm...
and still hmmm...
sejak nenek masuk semesta baru ni >> jangan ingat nenek tak da kelulusan ok!<< cucu nenek si muka berlubang tu, apa ntah nama cucu aku seorang tu, hah!!! EZANOH.. dia tu cucu paling kejam di antara cucu-cucu nenek yang kejam tambahan pulak cucu nenek ni, queen control.. nak je nenek lepuk je muka dia... hahah >>sayang anak di tangan-tangankan, sayang cucu, di lepuk-lepukkan<< haha
dia telah memaksa nenek jaga kiosk, po bendo nyo kiosk tu, dia ingat nenek ni pe benda.. tapi nak buat macam mana kata sayang cucukan, jadi dengan kuderat nenek y sememangnya kuat ni, sudah masuk 3 bulan nenek jaga kiosk tu... tapi tidak la nenek jaga tiap-tiap hari, patah urat besi nenek ni kang sapa yang nak ganti...
si muka berlubang tu, ajar nenek buat ice blended.. gila la.. hebat juga nenek ni.. hehe bila nenek buat, memang beratur la pelanggan, bila ezanoh tu buat, tak de sapa datang... haha >>tu la queen control lagi<<
pas tu nenek buat kentang spring... tabik spring lagi lah kat diri nenek sendiri.. toinggg!! tak sangka nenek memang versetail (ntah betul ke tidak, biasanya ada lagi seorang cucu nenek yang suka betulkan ayat nenek ni.. mok nek)
bila nenek banyak berhubung dengan ramai orang baru lah nenek tahu manusia ni macam- macam ragam.. ada yang bagus, ada yang terlebih bagus, ada yang nak ratah terompah pun ada... sabo je la nek ni hah.. dari sini nenek belajar apa itu erti sabar, apa itu erti jimat cermat, apa itu erti susah payah.. semua tu pengalaman cu oi.. kita tak boleh beli pengalaman tapi kita kena rasai pengalaman tu, baru kita tahu keadaanya.. contoh kadang-kadang cu, kita selalu cakap kita boleh hidup susah dan kita sanggup untuk diuji dengan kesusahan jika ALLAH menginginkannya, tapi hakikatnya cu, bila keadaan sebenar, baru lah kita tahu tahap kesabaran kita bila kita betul-betul diuji..  oh rupanya aku tidak sekuat seperti yang aku jangka.. rupanya aku lemah, rapuh, goyah dan mudah terpeleot... begini la rupa aku bila diuji.. aku tidak dapat tahan.. lemahnya iman aku ya allah!! tapi cu, apa yang cu kena ingat, setiap ujian itu ada hikmah dan kifarahnya.. kadang-kadang ujian yang datang adalah sebagai tanda allah mengingatkan diri kita..sayangkan kita dan tak nak diri kita terus melupakan kekasih kita dan  mungkin kita sudah lama tidak berFB dengan ALLAH, kalau ya pun cuma sekejap dan kadang- kadang ujian yang kita dapat itu sebagai kifarah terhadap dosa-dosa kita yang lalu dan kelalaian kita... YA ALLAH! AMPUN KAN NENEK , CUCU-CUCU DAN SEMUA UMAT ISLAM.... SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PEMAAF.. apa yang penting laluinya dengan sabar, sabar dan terus bersabar.. sesungguhnya ALLAH sayang orang yang sabar... suka tak suka tak suka tak??? jadi sabar cu.. jangan mudah terpedaya dengan bisikan syaiton... shuh dia dari dekati mu... caiyok2!!

"dan Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, dan Dia menciptakan jin dari nyala api tanpa asap" ar-rahman 14-15

walaupun nenek di queen control oleh cucu, tapi nenek bersyukur sebab ada cucu-cucu yang caring.. >>kalau dah cucu-cucu tu, bukan seorang la cucu nenek<<
sambil menyelam minum air, nenek jual produk kecantikkan juga kt kiosk tu.. hehe ramai juga cucu lelaki yang beli... hehe.. tak salah kalau lelaki hendak jaga kecantikkan tapi kena tukar la nama tu kepada produt kehenseman... hehe
   ni nenek ada snap gambar >> hebak nenek ni, cakap snap... hehe<< gambar ice blended + produt kecantikan dan kehenseman... hehehe kentang spring nanti- nanti lah...


>>ni dah harga promosi dong..